BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN
Disediakan oleh : Marsha Syahirah Binti Shukhairi
SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN
- Definisi/Konsep
- Secara umumnya pentaksiran ialah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk memperoleh maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
- Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
- Menurut Kementerian Pelajaran pula menyatakan definisi pentaksiran ialah merupakan suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum
- Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013), Pentaksiran ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
- IPG (2018) pula pentaksiran didefinisikan satu mekanisme untuk mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar di IPG.
- Pengukuran adalah proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
- Pengujian ialah suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor. (Cronbach, 1970)
- Penilaian adalah untuk memperbaiki atau mengenalpasti kelemahan yang wujud pada pelajar melalui Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif
- Tujuan Pentaksiran
- Menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
- Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
- Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
- Membaiki pengajaran dan pembelajaran
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
- Menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
- Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
- Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
- Membaiki pengajaran dan pembelajaran
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
- Prinsip Pentaksiran
- Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.
-
Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal.
-
Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan kepada pencapaian murid.
- Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.
- Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal.
- Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan kepada pencapaian murid.
9.1 Jenis-Jenis Pentaksiran
- PENILAIAN FORMATIF
Ia dijalankan secara berterusan, diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) dengan tujuan agar aspek pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh. Teknik formatif yang dijalankan secara tidak formal ialah seperti perbincangan, kuiz, soal jawab lisan dan sebagainya.(Black & William, 1998)
- BERASASKAN PRESTASI
Pentaksiran Formal: Ia dijalankan dengan guru melaksanakan ujian, kuiz, esei dan sebagainya.
Setelah itu, guru tersebut akan memberikan markah kepada pelajar-pelajarnya.
Pentaksiran Tak Formal: Ia dilaksanakan melalui kemahiran membaca kerana kemahiran ini dapat menggambarkan kebolehan dan perkembangan membaca.
Ia sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan kepada pencapaian.
Namun bezanya ialah tugasan yang diberikan didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar.
- INTERNAL DAN EKSTERNAL
Pentaksiran Internal: Ia ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru).
Pentaksiran Eksternal: Ia ditentukan oleh sesuatu badan atau sindiket atau badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia.
⤷ Contohnya, Kertas pentaksiran ditanda oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka.
- PENILAIAN SUMATIF
Ia merupakan peringkat perumusan dimana yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang telah dipelajari. Maklumat tersebut akan dinilai dan dibuat laporan oleh guru tersebut. Maklumat ini akan digunakan oleh guru lain untuk meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
Contohnya: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran ini dapat menaksir kebolehan pelajar bukan berasaskan peperiksaan tetapi dengan penilaian guru didalam kelas.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DI IPG
- Prestasi seseorang pelajar dalam sesuatu kursus ditentukan oleh himpunan peratusan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir.
- Terdapat dua bentuk penilaian di IPGM iaitu Purata Mata Gred (PMG) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT)
- PMG adalah nilai pencapaian seseorang pelajar pada satu semester.
- PMGT adalah purata nilai gred yang diperoleh pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil.
- Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru diadakan dalam beberapa bentuk iaitu:
a. Peperiksaan – dijalankan pada setiap akhir semester untuk subjek tertentu
b. Kerja Kursus
c. Penilaian Praktikum
-Penilaian pratikum di sekolah dilakukan setelah bimbingan berbentuk pencerapan klinikal dijalankan beberapa kali untuk memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi dan kemahiran pelajar.
Penilaian pratikum dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu (menggunakan Borang PR2):
- Interpersonal dan intrapersonal (10%)
- Pengetahuan tentang mata pelajaran (10%)
- Pengajaran dan pembelajaran (30%)
- Komunikasi (10%)
- Pengurursan bilik darjah (10%)
- Penilaian (10%)
- Kokurikulum (10%)
- Peranan-peranan lain (10%)
- Interpersonal dan intrapersonal (10%)
- Perancangan projek/ aktiviti (20%)
- Pelaksanaan projek/ aktiviti (20%)
- Penilaian projek/ aktiviti (20%)
- Refleksi (20%)
d. Penilaian Bina Insan Guru (BIG)
-Penilaian ini dilakukan oleh pensyarah penyelia serta pentadbir sekolah tempat BIG dijalankan.
- Penilaian ini terdiri daripada beberapa perkara berikut:
- Laporan program/ aktiviti (30%) – laporam reflektif; penilaian kendiri (pensyarahpenyelia)
- Portfolio (30%) – kadungan; kreativiti; kekemasan (pensyarah penyelia)
- Rakaman audio/ video (30%) – audio; video (pensyarah penyelia)
- Sahsiah (10%) – sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan (pentadbir/ sekolah)
e. Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum
-Terdiri daripada unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan.
- Setiap pelajar di IPG wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.
9.1.1 Tujuan pentaksiran
Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assesment for learning)
- Membantu pembelajaran pelajar dengan memberikan maklumat tentang penguasaan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang proses pembelajran dan pengajaran.
- Maklum balas daripada pentaksiran ini adalah untuk mendorong dan memotivasikan pelajar untuk membuat penambahbaikan.
- Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang dijalankan secara berterusan dengan menilai perkembangan atau kemajuan pelajar
- Contoh, kerja khusus, kuiz dan projek
Pentaksiran Sebagai pembelajaran (Assessment as learning)
- Pentaksiran ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
- Berlaku apabila pelajar membuat refleksi diri dan memantau pencapaian sendiri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri bagi tujuan menambah baik pembelajaran sendiri.
- Merupakan pentaksiran formatif yang merupakan pentaksiran penilaian kendiri pelajar.
- Berbentuk penulisan refleksi dan penulisan jurnal tentang sesuatu amalan professional.
Pentaksiran
tentang pembelajaran (Assesment of learning)
- Berlaku apabila guru menggunakan bukti pembelajaran pelajar untuk membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan sesuatu standard.
- Bertujuan untuk menambah akauntabiliti/kebertanggungjawaban kepada masyarakat.
- Pencapaian dan perkembangan pelajar perlu dilaporkan kepada ibu bapa, masyarakat dan pihak bertadbir.
- Di IPG, pentaksiran ini merupakan pentaksiran sumatif yang membandingkan prestasi pelajar dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan pada awal pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam ringkasan Maklumat Kursus (MK).
- Berbentuk peperiksaan bertulis yang dikendalikan pada setiap penghujung semester.
9.1.2 Kerja Kursus
Kerja
kursus merupakan bentuk pentaksiran untuk pembelajaran yang berlaku secara
formatif. Pelaksanaan kerja khusus berteraskan proses pembinaan pengetahuan
tentang kandungan dan ilmu professional keguruan secara sistematik dan beransur
maju dengan mengintegrasikan pengetahuan berasaskan pengetahuan, penyelidikan
dan pengalaman (IPGM,2019).
Didapati
bahawa tugasan kerja kursus di IPG mempunyai ciri-ciri berikut :
- Memanfaatkan situasi sebenar untuk anda mengamalkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
- Seperti di persekitaran sekolah, bilik darjah, majlis rasmi, pameran, seminar dan sebagainya.
Proses pembinaan ilmu yang bermakna melalui integrasi
pembelajaran dan pengalaman.
- Melalui analisis dan refleksi kendiri.
- Berdasarkan himpunan ilmu, pengalaman dan nilai
Mencabar minda dan melibatkan pembelajaran mendalam
(deep learning).
- Kebanyakan tugasan adalah berasaskan masalah (problem based) yang memerlukan daya pemikiran aras tinggi, kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan penyelesaian yang unik dan inggul.
Memerlukan anda mengamalkan kemahiran belajar yang
anda pelajari dalam kursus ini.
- Amalan “belajar cara belajar” ini dapat mengukuhkan budaya ilmu dan amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Kerja kursus
boleh dianggap sebagai aspek pentaksiran yang penting di IPT. Anda perlu
betul-betul memahami kehendak tugasan dan merujuk pensyarah untuk mendapatkan
panduan dan bimbingan dari semasa ke semasa. Masa yang diperuntukkan perlu
mencukupi dan tumpuan untuk mencari sumber-sumber berkaitan supaya anda dapat
menghasilakan satu tugasan yang cemerlang.
Selepas kerja
kursus disemak, pensyarah akan memberikan
makluma balas berdasarkan hasil tugasan tersebut dan aspek kekuatan atau
kelebihannya dan pembeljaran yang boleh diperbaiki. Ulasan maklum balas
berasaskan pembelajaran ini biasanya ditulis pada tepi muka surat tugasan
anda. Maklum balas formatif diberikan untuk membantu pelajar meningkatkan hasil
kerjanya pada masa yang akan dating. Anda dikehendaki mennadatangani boring
maklum balas yang disediakan sebgai bukti menerima maklum balas daripada
pensyarah.
9.1.3 Peperiksaan
Peperiksaan merujuk kepada
pentaksiran tentang pembelajaran yang berlaku secara sumatif dan biasanya
merupakan ujian kertas-pensel (bertulis).
Kertas peperiksaan biasanya mengandungi antara dua hingga
tiga bahagian iaitu:
9.1.4 Ujian Amali
- Dilaksanakan berterusan bagi kursus yang berasaskan kemahiran
- Bertujuan mengukur kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, insaniah dan kreativiti serta daya inovasi yang dimiliki.
- Kemahiran ini ditujukan ketika semasa ujian amali atau melalui penghasilan produk.
9.2 Persediaan Untuk Pentaksiran
Terdapat
beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:
- Peperiksaan – akhir setiap semester
- Tugasan kerja kursus – dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
- Praktikum – dijalankan pada semester 5, 6 dan 7
- Bina insan guru – setiap semester
- Aktiviti kokurikulum – semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/ olahraga dan semester 1 dan 2 untuk persatuan/ kelab dan sukan/ permainan
- Internship – dijalankan pada semester 8
- Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik; membuat ulang kaji; memahami dan menghafal nota dan menyediakan jadual perancangan ulang kaji.
- Pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG dan aktiviti kokurikulum.
- Menyusun jadual belajar dengan baik
- Membaca dari pelbagai sumber
9.3 Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan
Tugasan Individu
Merujuk kepada
tugasan yang dilaksanakan oleh seorang pelajar.
- Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan nota yang baik
- Pelajar hendaklah membuat ulang kaji
- Pelajar hendaklah membuat, faham nota dan faham nota
- Pelajar hendaklah menyediakan perancangan untuk mengulang kaji
Tugasan Kumpulan
Merujuk kepada
tugasan yang memerlukan usaha kolaboratif antara ahli
ü
Untuk
tugasan kumpulan, bilangan ahli dihadkan kepada dua hingga tiga orang sahaja.
ü
Biasanya,
aspek-aspek pentaksiran untuk tugasan kumpulan memberikan focus kepada kemahiran insaniah seperti kemahiran mengurus maklumat, berkomunikasi,
kepimpinan, etika dan nilai.
ü
Bergantung
kepada objektif penilaian kerja kursus subjek berkenaan
ü
Penilaian
dilakukan dalam 3 bentuk iaitu contoh:
·
penulisan
esei
·
persembahan
·
penulisan
reflektif
9.4 Intergriti Pelajar dalam Pentaksiran
Integriti ?
Menurut Institut
Intergriti Malaysia (2004) , intergriti bermaksud berpegang teguh pada
nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan telus atau berterus terang.
Sebagai pelajar,
anda perlu mengamalkan nilai intergriti semasa melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan hal akademik dan bukan akademik.
Plagiat ?
Plagiat ialah
tindakan meniru hasil kerja dan/atau pendapat orang lain sama ada menerusi
bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktirafkan atau membuat pengakuan akan
sumbernya.
Idea yang dipersembahkan mestilah idea dan pandangan yang tulin bukannya ciplak, misalnya penulisan esei dengan idea sendiri, penghasilan produk dengan idea sendiri, membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan, menghadapi kuiz tanpa meniru dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli bukan ciplak idea seni individu lain.
9.5 Rumusan
- Pentaksiran merupakan proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan mengumpulkan evidens dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Pentaksiran yang berorientasikan markah peperiksaan yang lebih autentik berasakan tugasan bagi mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar
- Di institusi pendidikan tinggi, pentaksiran biasanya dilaksanakan menggunakan kaedah bertulis dan kaedah bukan bertulis
- Terdapat 3 tujuan pentaksiran berhubung dengan pembelajaran, iaitu pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran.
- Persediaan untuk pentaksiran melibatkan persediaan isi kandungan bidang dan persediaan pengurusan peribadi. Pelajar harus jelas dari aspek skop kandungan yang akan diuji, bentuk pentaksiran serta wajaran markah yang ditetapkan. Selain itu, persediaan mental dan emosi juga merupakan faktor menyumbang kepada kejayaan seseorang dalam menghadapi pentaksiran.
- Isu integriti pelajar dalam pentaksiran yang utama ialah isu yang berkaitan dengan plagiat. Plagiat merujuk tindakan menciplak/meniru hasil kerja dan/atau pendapat orang lain sama ada menerusi bahan akan sumbernya. Setiap pelajar wajib memahami dan mematuhi tersebut, demi mencapai kualiti peribadi yang unggul sebagai insan yang berpendidikan tinggi.
|