- o Definisi dan Konsep
1. Lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS)
yang merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan
laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran
dan kadar latihan.
2. Platform dalam talian yang membolehkan penyampaian bahan,
sumber dan aktiviti pelajar dalam dan luar persekitaran bilik darjah
3. Sebagai pengawalan capaian, persediaan kandungan
pembelajaran, alat komunikasi dan pentadbiran kumpulan pengguna.
o Tahap Penggunaan
Platform
ini mempunyai tiga tahap penggunaan dengan ciri-ciri penggunaan dan akses yang
berbeza, iaitu:
Tahap Penggunaan
|
Peranan
|
Fungsi
|
Pengurus platform
|
Pentadbir
|
Mengurus keseluruhan persekitaran
pembelajaran
|
Jurulatih/ fasilitator/ penganjur
|
Guru
|
Menjana kursus, mata pelajaran atau latihan
|
Peserta
|
Pelajar
|
Akses dan berinteraksi dengan kursus
tertentu
|
o Ciri-ciri
Terdapat banyak ciri-ciri LMS
dan antaranya ialah LMS membantu memasang dan menyampaikan inti pembelajaran
dengan cepat dan tepat. Selain itu, ciri-ciri utama LMS ialah:
o
Modul-modul Aktiviti
Lopes (2014) telah
mengenalpasti beberapa modul yang diperlukan dalam LMS seperti:
a) Ruang sembang (chat)
Pelajar boleh berbincang antara satu sama
lain dengan menggunakan ruang sembang. Mereka tidakperlu lagi bersusah payah
untuk berkumpul di satu tempat untuk mengadakan perbincangan.
b) Pangkalan data
Guru dan pelajar bebas untuk membina,
memaparkan dan mencari topik-topik tertentu dalam rekod LMS.
c) Forum
Pelajar akan menerima setiap post baru melalui e-mel dan guru-guru serta pelajar
boleh menghantar komen di ruangan komen.
d) Glosari
Membenarkan peserta membuat atau
menyelenggara senarai istilah beserta takrifnya. Maksud perkataan boleh
dicari/disemak dalam banyak format yang berbeza dan boleh dihubungkan dari
tempat lain.
e) Soal selidik
Membolehkan guru-guru membuat tinjauan,
contohnya penilaian kursus.
f) Penjadualan (scheduler)
Aktiviti yang membolehkan tenaga pengajar
kursus menyiarkan waktu yang sesuai bagi perjumpaan.
g) Pelajaran (lesson)
Setiap bahan yang guru muat naik ke dalam LMS
mempunyai kuiz kecil pada setiap halaman muka suratnya. Pelajar perlu berjaya
menjawab kuiz tersebut untuk beralih ke muka surat seterusnya.
h) Tugasan
Tugasan para pelajar boleh dihantar melalui
LMS dan guru akan memberikan gred dan maklum balas.
i) Muat naik fail secara terperinci
Sekiranya pelajar ingin memuat naik fail
berkapasiti besar, pelajar boleh menggunakan piihan ini. Guru-guru boleh
menetapkan syarat-syarat seperti saiz fail, bilangan fail, serta sama ada fail
yang pelajar muat turun boleh disunting atau tidak.
j) Teks dalam talian
Pelajar tidak boleh memuat naik teks dan
hanya boleh menaip teks dalam kotak editor secara dalam talian dan
menghantarnya kepada guru.
k) Muat naik satu fail
Jika saiz fail yang pelajar ingin muat naik
adalah sederhana, maka pelajar boleh menggunakan pilihan ini. Fungsinya adalah
sma dengan pilihan “muat naik fail secara terperinci”
l) Aktiviti luar talian (Offline
activity)
Merupakan pilihan yang paling mudah digunakan
keranaa pilihan ini hanya berfungsi untuk mengingatkan pelajar bahawa mereka
mempunyai tugasan tertentu pada hari tertentu.
m)
Kuiz
Guru boleh memberi kuiz kepada pelajar
melalui LMS. Jawapan pelajar boleh disunting sebelum dihantar.
n) Wiki
Mewujudkan komuniti pembelajaran dalam
kalangan pelajar dan guru
o Contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran
Terdapat
beberapa contoh LMS yang percuma dan kemungkinan tidak asing lagi bagi para
pelajar dan guru-guru (K-12 Blueprint, 2014). Antaranya:
1. Google Sites
Boleh
berkongsi maklumat serta mengaksesnya. Menyediakan integrasi yang lancar dengan
Google Docs dan Google Calendar.
2. Schoology
Ciri-ciri
kolaboratif membolehkan membolehkan guru berkongsi bahan maklumat. Mampu
menjana ujian dan menjejak kemajuan pelajar.
3. Edmodo
Direka
khusus untuk kegunaan bilik darjah. Menyediakan alat untuk membuat kerja rumah,
penilaian, perbincangan, dan pembelajaran mudah alih.
4. Blackboard
Platform
pendidikan beraplikasi mudah alih dan bercirikan kolaboratif. Alat penilaian
mampu menjana ujian dalam talian, rubrik interaktif dan laporan.
o Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran
- Pelajar boleh mendapat akses terhadap bahan kursus pada
bila-bila masa serta ia dapat dikemaskini mengikut keperluan pelajar.
- Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja pada
bila-bila masa.
- Pelajar dapat merancang pembelajaran, berkomunikasi
dengan guru dan rakan sekelas secara maya dan membolehkan pelbagai maklumat
mudah untuk dicapai.
- Membolehkan pelajar mempelajari bahan secara dalam talian
dengan pantas, sama ada pada komputer riba, telefon pintar mahupun tablet.
- Guru boleh menggunakan alat pelaporan dan analisis untuk membuat pemantauan kemajuan pelajar.
- Pengajaran yang dikendalikan oleh ramai guru dapat dijimatkan apabila Sistem Pengurusan Pembelajaran menyediakan pelbagai kursus dalam system tersebut dan pelajar hanya perlu memilih kursus yang ingin diikuti.
No comments:
Post a Comment