Wednesday, September 4, 2019

BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Ditulis oleh: Farah Balqis binti Mohd Kudzi


Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Jadi, semua pelajar sewajarnya menguasai kemahiran memproses maklumat tetapi apakah kemahiran memproses maklumat? Kemahiran memproses maklumat ialah peringkat yang menguji kebolehan pelajar:
  • Menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea.
  • Mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
  • Mengenal pasti nilai maklumat dan menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau sebarang keputusan sama ada keputusan peribadi, profesional atau akademik.
  • Mencapai, menilai, menyusun, menyerap, dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber beserta format yang betul.

Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia amat penting dalam pembelajaran sepanjang hajat.

6.1 Menganalisis Maklumat yang Dikumpul
Analisis data ialah satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna  untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Dalam menganalisis data, pelajar perlulah:
  • Memastikan mereka mempunyai lebih dari tiga data untuk dianalisis. 
  • Mempersembahkan data kualitatif dan data kuantitatif secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis. 
  • Mencari pola dan kategori, persamaan, menerangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran terhadap data yang dianalisis.
  • Memastikan maklumat telah disusun atau diproses perlu dianalisis agar kesimpulan yang dibuat jelas dan tepat.
Tujuan menganalisis data:
  • Menghubungkaitkan fakta
  • Mensintesis data
  • Membandingkan fakta
  • Membaca maklumat yang tersirat
  • Membuat kesimpulan
Langkah menganalisis data kualitatif:

Langkah 1
  • Lihat maklum balas secara lalu
  • Ambil nota berdasarkan  tema yang muncul, isu atau faktor
  • Cari item yang berulang atau penting
  • Pemerhatian, video, audio
  • Temu bual, rekod dan taip semula
  • Boleh guna dalam bentuk jadual dan ditulis mengikut tema

Langkah 2
  • Pilih 3-4 tema / kategori yang muncul dan bina matriks
  • Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
  • Letak tema / kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
  • Boleh guna kod warna, membuat perbezaan mengikut kategori

Langkah 3
  • Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
  • Baca tinjauan(soal selidik) dan highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenal pasti
  • Rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian di dalam carta yang telah dibina
Langkah 4
  • Tanya( apa yang telah diperoleh)
  • Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
  • Pola konsep
  • Pola sikap
  • Tulis / rekod pemerhatian di bawah carta matriks
  • Contoh :-
a)  Orang pelajar(siapa yang bercakap banyak)
b)  Perkataan 'takut' diucap banyak kali
c)  Sokongan bacaan jurnal

Langkah 5
  • Buat kesimpulan yang sepatutnya
  • Rekod kesimplan sama ada di bawah matriks atau dalam kertas yang berasingan

Proses analisis data: 
  1. Reka bentuk  pendekatan sistematik dan simpan semua data
  2. Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  3. Cari tema dan pola
  4. Susun maklumat berdasarkan apa yang dipelajari daripada data
  5. Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong dari apa yang dicari
  6. Baca lebih daripada sekali
  7. Bina imej visual dengan cara yang kreatif
  8. Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  9. Kongsi dapatan; perbincangan akan timbulkan soalan baru
  10. Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  11. Cari tema dan pola
  12. Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  13. Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  14. Bina subtema jika perlu
  15. Simpan nota secara berterusan (dapatan kadangkala mengejutkan)
  16. Semak maklumat untuk mencari idea yang kerap atau muncul secara dominan
  17. Kenal pasti perkara utama
  18. Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian
TIPS:
  • PELAJAR SEHARUSNYA MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS SUPAYA KESIMPULAN YANG DIBUAT MEMPUNYAI KETEPATAN YANG TINGGI.
6.2 Mentafsir dan Membuat Kesimpulan

Mentafsir maklumat ialah satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.

Tujuan mentafsir maklumat:
  • Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
  • Menyatakan hubungan di antara maklumat
  • Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
  • Dapat memberi maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi pembelajaran, bahan atau isu yang dibincangkan
  • Berupaya memberikan maklumat yang benar kepada skate holders yang lain
Prinsip asas dalam pentaksiran terhadap maklumat yang diperolehi:
  1. Data  yang holistik
  2. Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
  3. Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik
Ciri-ciri pentaksiran yang boleh digunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperolehi:
  • Bersifat holistik
  • Berasaskan elemen
  • Merujuk kriteria
  • Panca instrumen
  • Berpusatkan bahan dan tugasan
  • Pelbagai bentuk
  • On-line
  • Berterusan
TIPS:
  • KETEPATAN MAKLUMAT AKAN MEMBANTU PEMBACA MEMAHAMI DENGAN JELAS MESEJ YANG AKAN DIKEMUKAKAN.
6.3 Menilai
Maklumat yang diperoleh haruslah dinilai terlebih dahulu kesahihannya. Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai maklumat, antaranya:

  • Perbandingan fakta dengan pendapat
a)  Fakta= perkara yang diketahui umum sebagai benar-benar wujud atau sahih dan                              tidak dapat dipertikaikan.
b) Pendapat= pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu dan                                  merupakan kepercayaan atau buah fikiran seseorang atau sesebuah                                      organisasi serta tidak semestinya benar atau sahih.
  • Tahun penerbitan atau autoriti
Semak tarikh penerbitan bahan yang digunakan untuk memperoleh maklumat agar dapat mengumpulkan maklumat terkini. Selain itu, autoriti amat penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang diperoleh dan bagi menilai kesahihan maklumat tersebut. Bagi memastikan kesahihan sesuatu maklumat, pelajar perlu menyemak:
  1. Siapakah pengarang yang menulis karya berkenaan?
  2. Apakah kelayakan akademik penulis?
  3. Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkannya?
  4. Adakah pengarang tersebut mahir dalam bidang yang ditulisnya?
  • Kumpulan sasaran dan penerbit

Semak dahulu sama ada maklumat yang diperoleh sesuai dengan kumpulan yang disasarkan atau tidak. Maklumat yang disasarkan untuk pelajar sekolah rendah tidak sesuai dengan maklumat yang sepatutnya disasarkan kepada pelajar sekolah menengah. Tambahan pula, maklumat yang berkualiti tinggi biasanya diterbitkan oleh penerbit yang terkenal di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa.

  • Bahan popular dan akademik

Bahan-bahan yang popular selalunya memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta berbanding dengan bahan akademik. Bahan akademik biasanya mempunyai rujukan tertentu dan lebih kepada fakta.



6.4 Mensintesis Maklumat untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

Peringkat sintesis adalah:
  • peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru.
  • rumuskan dan membuat keputusan/kesimpulan
Sintesis memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat dan sintesis yang dilakukan akan memberikan gambaran yang menyeluruh. Data yang disintesis dengan sempurna haruslah dimulakan dengan data yang sistematik. Cara menghasilkan satu gambaran menyeluruh melalui proses sintesis dengan menggabungkan unsur yang berlainan:
  1. Menggabungkan idea
  2. Menggubal semula
  3. Menyatukan idea-idea
Proses sintesis yang mantap menjadikan maklumat lebih bermakna. Perkara ini menjamin sesuatu tugasan atau laporan dapat dibentangkan dengan lebih mudah dan difahami oleh pembaca. Laporan didefinisikan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus menurut Ellis dan Hopkin (1985) tambahan pula menurut Nuraini (1991:69), laporan juga boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti seperti:
  1. Makluman
  2. Pemujukan 
  3. Penerangan
  4. Sejarah
Modul Latihan Guru Bestari(2000) menyatakan bahawa sesuatu laporan dibuat bagi memberikan maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara. Laporan juga dapat membantu pembaca mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian bagi sesuatu isu yang dibentangkan serta dapat didefinisikan sebagai satu persembahan atau penyampaian maklumat (presentation of information). Bagi mendapatkan laporan yang tepat, pelapor seharusnya:-
a.                  Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
b.                  Membuat rekod sesuatu peristiwa
c.                   Menganalisis aktiviti
d.                  Mensintesis sesuatu pelan tindakan
e.                  Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur atau tindakan

Setelah maklumat diperoleh dan diproses dengan baik, kesimpulan haruslah dibuat untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama atau pandangan penulis tentang tajuk tersebut. Selepas itu, segala maklumat yang diperoleh akan dipersembahkan kepada umum dalam bentuk laporan. Laporan yang dihasilkan haruslah di fahami oleh kumpulan yang disasarkan. Jadi, pelajar haruslah mengumpulkan maklumat yang perlu dengan menggunakan 5W + 1S, iaitu:
      i.        (Why?) mengapa laporan ini perlu dibuat
     ii.        (What?) apa tujuan/objektif laporan
    iii.        (When?) jangka masa
   iv.        (Who?) pihak yang meminta laporan dibuat
    v.        (Whom?) siapa sasaran/pembaca
   vi.        (Scope?) skop/lingkungan

Laporan atau persembahan yang baik dan berkesan dapat melicinkan proses komunikasi, menerangkan situasi sebenar dengan lebih senang, mengurangkan salah faham dan meningkatkan keyakinan penyelia dan pensyarah terhadap hasil kerja yang ditunjukkan. Sesuatu laporan boleh dikatakan berkesan sekiranya dilakukan dengan persediaan yang cukup, disampaikan dengan jelas, mencapai matlamat dan menarik perhatian para hadirin dengan penggunaan alat bantuan visual seperti projektor dan komputer. Laporan bertulis yang baik seharusnya memperincikan kandungan seperti:
                a)    Tujuan laporan
    Mengenal pasti masalah
    Memberikan maklumat dan fakta
    Mencadangkan penyelesaian
    Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
    Membuat kesimpulan
    Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
    Membuat rekod sesuatu peristiwa
    Menganalisa aktiviti perniagaan
    Mensintesis sesuatu pelan tindakan
    Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dan lain-lain

b)    Kualiti laporan
Laporan yang berkualiti membuktikan bahawa kajian secara terperinci terhadap tajuk yang diberikan telah dilaksanakan. Di samping itu, laporan yang berkualiti dapat menyakinkan pembaca mengenai keputusan atau cadangan yang dibuat serta menerimanya dengan senang hati. Kualiti sesuatu laporan boleh dilihat melalui prinsip 5C + 1P, iaitu:
                      i.        (Correct) betul
·         Data, fakta dan maklumat betul dan tepat
·         Gunakan data semasa
·         Data terdahulu boleh dijadikan/digunakan sebagai perbandingan
                     ii.        (Concise) padat
·         Tulis seberapa ringkas yang boleh
·         Ringkas tetapi padat dan merangkumi semua perkara yang perlu
                    iii.        (Complete/comprehensive) lengkap
·         Data, fakta dan maklumat lengkap
·         Lampiran disertakan
·         Ada sinopsis/ringkasan
·         Bahan-bahan rujukan dinyatakan
                   iv.        (Clear) jelas
·         Huraian yang jelas
·         Menggunakan bahasa yang mudah di fahami
·         Mengikut urutan logik
·         Susun atur yang baik dan menarik
·         Ilustrasi yang menarik dan pelbagai
                    v.        Urutan
·         Fakta/maklumat yang penting disertakan terlebih dahulu
·         Mengikut hierarki dimana penyataan umum diikuti oleh butir-butir/perincian
·         Perbandingan
c)    Kategori laporan
Dua kategori:
1.    Bentuk borang (form report)
      §  Laporan kemalangan
      §  Laporan berkala (periodic)
2.    Bentuk terbuka/panjang (extended report)
      §  Laporan untuk menyampaikan maklumat
           v  Membuat kesimpulan tentang sesuatu masalah
           v  Menyediakan laporan tahunan
           v  Menyediakan laporan prestasi (progress report)
      §  Laporan perakuan (recommendation)
           v  Laporan kajian
           v  Laporan bagi menyelesaikan sesuatu masalah

6.4.1 Penyediaan laporan bertulis

Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan.

Antara cara penyediaan laporan :-
Ø  Memilih topik sekiranya tidak diberikan
Ø  Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
Ø  Meneliti dan memilih maklumat yang relevan  dengan topik
Ø  Membuat nota
Ø  Menyediakan kerangka laporan
Ø  Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
Ø  Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik lain yang sesuai.
Ø  Menyemak draf
Ø  Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
Ø  Menerbitkan laporan

6.4.2 Panduan menulis laporan

Langkah terakhir sebelum hasil kajian ditelitikan dan diterbitkan adalah penulisan laporan. Panduan menulis laporan ialah:


              i.Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
Tuliskan tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidik dan tarikh selesai ditulis pada muka surat pertama. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan.
             ii.Penghargaan
Penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan tersebut.
            iii.Abstrak
Terangkan tujuan kajian, kaedah, dan dapatan kajian.
           iv.Halaman kandungan
Senaraikan isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk yang berkenaan
            v.Latar belakang kajian
Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan, refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.
           vi.Pernyataan masalah/isu keprihatinan/fokus kajian
Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji berserta sokongan daripada kenyataan-kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.
          vii.Objektif kajian
Tinjauan dijalankan terhadap bahan-bahan kajian.
         viii.Metadologi kajian
Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian, dan jenis penganalisisan data.
           ix.Perancangan
Huraikan perancangan yang ingin dilaksanakan.
            x.Pelaksanaan perancangan
Huraikan cara melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi dalam perancangan tersebut.
           xi.Dapatan kajian
Huraikan dan bincangkan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dilaksanakan.
          xii.Refleksi
Huraikan cara mendapatkan refleksi dan apakah maklum balas yang diterima daripada proses renungan ini.
         xiii.Kesimpulan dan cadangan
Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan seterusnya.
         xiv.Rujukan
Nyatakan segala rujukan yang telah digunakan.
          xv.Lampiran

Sertakan segala bahan yang telah digunakan dalam kajian sebenar sebagai lampiran. Contohnya, soal selidik, soalan temu ramah dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment